About

Selamat Datang ke Kedai Online Kami. Disini anda akan disediakan dengan pelbagai koleksi tudung dan blaus yang menarik serta pakaian wanita yang terkini dan bermutu tinggi. Insya Allah, kami cuba memberikan yang terbaik untuk nilai wang anda. Bagi memudahkan anda membuat pembelian secara online juga - sila kunjungi juga www.isycollection.com

Membuat Pesanan...

Sila gunakan order form yg disediakan di bahagian bawah blog ini. Semakan akan dilakukan sebaik tempahan diterima untuk memastikan stok diminta masih available. Anda akan dihubungi untuk confirmation tempahan yang dilakukan. Penghantaran akan dibuat sebaik sahaja pembayaran penuh dilakukan. Tracking number juga akan diberikan untuk rujukan anda. Terima kasih atas kunjungan...
Sila Nikmati Koleksi Hebat Dari Kami....

Wednesday 31 October 2012

Tip Pemakaian Tudung

PEMAKAIAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK WAJAH


SEPERTI pakaian, pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan /sesuai  bagi wanita lain.

Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli dan pastikan ianya bersesuaian dengan bentuk wajah anda. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah:



1) Bentuk wajah jenis OVAL
Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tudung yang mereka suka. 

2) Bentuk wajah jenis ROUND
Bagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakkan anda lebih kelihatan tembam.
 
Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi anda yang tembam. 
 
Jika hendak memakai selendang , cara pemakaian yang betul adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas (dahi ) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.

3)Bentuk wajah jenis LONG
Bagi mereka berwajah panjang , jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain  akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda menjadi lebih bujur. Cara paling mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi anda agar tidak kelihatan terlalu luas. pastikan anda tidak menutup pipi anda  kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung anda rapat betul2 dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda.percayalah anda pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah anda.

4) Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berjawah diamond biasanya lebih lebar diantara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata.Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang @ turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang, kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang anda yang tertonjol tersebut.
 
sumber dari : raudhahshawlstore ...tumpang share ye

Untuk Tempahan - Sila Isi Order Form di bawah :

Name:
Email Address:
Contact No :
Postal Address :
Item(s) Detailss / Size / Qty :
Mode Of Payment : Maybank2U (No Akaun akan diemail)
CIMB (12370001870108 - Isn Teguh Ent)
Bank Islam (No akaun akan diemail)